Wednesday, February 24, 2010

Melodrama Yang Sebenarnya

Aku lihat engkau
Aku jadi sasau, aku jadi risau
Kerana engkau buat aku terpukau
Kerana engkau………………jiwa kacau!!!!!!!!!!

Pabila jiwa giler kata chenta
Itu tandanya
Melodi hati aku berkata
Chenta sampai menutup mata

Pabila aku tidak suka
Akan ku kata
Blah la… berambus la… pergi la!!!!!
Jauh selamanya

Pabila ku katakan aku benci
Akanku caci, akanku maki, akanku keji, akanku........aku tidak pasti…
Itu bererti
Studio hati tidak pernah membenci

Pabila aku tahu yang sebenarnya
Bukan dan sebenarnya
Bukan juga yuna
Tetapi aku………melodrama yang sebenarnya

Pabila engkau luah bait-bait itu
Aku malu, aku tertipu, aku kaku
Hanya tuhan yang tahu
Betapa seksa diperlaku begitu

Pabila aku sakit
Aku rasa bingit, aku rasa perit…
Biarkan aku diam, biar terhimpit
Sakit, aku sangat sakit…

Pabila aku tidak mampu, aku bisu, aku lesu…
Kelopak ilusi pejamkan mata aku
Biar aku tidak tahu
Aku tidak mahu tahu………….tentang kamu!!!!!!!!!!!!

Akhirnya…

Jangan ingat dia lagi
Lepaskan dia terbang tinggi
Mencari khayalan menjadi realiti
Benar kata maximus... “BIAR MATI CHENTA INI”