Thursday, December 30, 2010

Berbual Tentang Saya

Ini lagu tentang cinta
Ini lagu tentang rasa
Ini lagu tentang cinta
Buat si dia

Saya pernah cintakan seseorang
Saya pernah sukakan seseorang
Tapi dia kata satu hari itu:
Cinta kita tak mungkin, oh sayangku

Saya pernah suka seseorang
Saya pernah cinta seseorang
Tapi dia katakan di malam itu:
Maaf, sayang, cintaku bukan untuk kamu

Kerana terlalu banyak sebab yang memisahkan,
sebab yang memaksakan

Saya terus benci seseorang
Saya terus marah seseorang
Sebab dia katakan:
"Hey sayang, cinta kita tak mungkin terang"

Lalu saya pergi jauh
Lalu saya lari jauh
Saya bisik pada laut itu:
"Apakah tak ada cinta buat aku?"

Saya terus benci seseorang
Saya terus marah seseorang
Kerana dia mengatakan:
Hey sayang, cinta kita tak mungkin dipandang

Lalu saya tanya:
"Kenapa saya?
Selalu saya!
Tak pernah ada cinta untuk saya!
Kenapa selalu saya?
Tak ada ke sesiapa yang mahukan saya?
Saya ni manja!
Saya ni comel!
Saya ni manis!
Saya ni lawa!
Kenapa tidak ada sebutir bintang di langit itu memuja aku?
Di langit itu berjuta warna
Di hujung sana pelangi jingga
Tak akan tak ada seorang itu untuk memegang-megang aku?"

Saya suka orang, orang tak pernah suka saya
Saya sangat cinta orang, tapi kenapa tak cinta saya?
Saya mahu dirangkul, dipegang, dimanja, disayang, dimahu orang
Tetapi saya kenapa saja tidak ada orang cinta?

Saya benci akan seseorang
Saya marah sangat pada seseorang
Saya bagitau mak abah saya
Dan mereka kata:
Tak ada jodoh agaknya


Balada Jiwa Perempuan Gila

Kata orang
Penulis-penulis itu orang gila
Kata orang
Orang yang seni itu kepalanya tiada
Kata orang
Kalau kita fikir terlalu jauh, kita kritikal
Kata orang
Fynn jamal orang sebal

Jadi soalan aku kenapa kau masih lagi di situ, sayang?
Sedang kau tahu hati aku ini memangnya begitu perit, dan begitu kelit

Kau tahu bila aku bencikan sesuatu itu
Akan aku katakan dengan bahasa yang sepedas-pedasnya
Kau tahu di setiap kemarahan itu aku hamburkan segala nista
Kau tahu bila aku benci akan aku katakan terus pada mata itu
Kau tahu bila aku marah aku akan ludah
Aku akan katakan "berambuslah!"
Dan aku orang gila yang cintakan dunianya

Jauhlah!
Kau sudah tahu aku ini perempuan gila
Pergilah!
Kau sudah tahu aku ini orangnya akal tiada
Kerana bila aku sudah sayang
Aku akan pegang
Aku akan rangkul
Aku akan pikul

Maka janganlah kau katakan:
"Hey sayang, mengapa tidak mengertikan?"
"Wahai sayang, kenapa begini?"
"Wahai sayang, kenapa begitu?"
"Wahai sayang, kekadang kau gila!"

Dan seperti biasa aku akan katakan:
"Aku memang gila sayang, aku ini gilakan kamu!
Hey sayang, mengertilah,
Aku tidak reti untuk menjaga hati itu,
Kerna yang ku rasakan ini hanya gila kan kau"

Dan di waktu itu ku rasakan kemarahan
Di dalam jiwa
Di dalam rasa
Di dalam jiwa
Di dalam rasa

Maka biarkan aku di tempat itu
Mengambil pisau mengerat tangan
Kerana aku yang tak tertahan di dalam hatiku, wahai kawan.

Ku hanya berada di dunia ini
Dengan rasa gila, rasa sendiri
Tiada mengerti, siapa yang tahu
Kenapa di sini, kenapa kamu?
Perlu ubah
Perlu ubah
Perlu ubah
Perlu ubah

Dulu kau katakan kegilaan ini suatu yang kau sukakan
Tapi mengapa sekarang ini tidak lagi kau suka
Lagi terasa jiwa ini ku gila
Berambuslah... (sedarlah)
Berambuslah... (sedarlah)
Berambuslah! (sedarlah)

Aku di sini masih yang dulu
Masih si gila
Masih si dungu

Tetapi engkau sudah berubah
Sedarlah oh sedarlah
Siapa yang gila, siapa puncanya
Mengapa ini terjadi juga

Dulu kau kata aku ini gila tapi kau suka
Sekarang pula kau kata aku si perempuan gila
Dan kau katakan "mengapa pula"

Aku risau
Aku risau sendiri

Ohhh...
Biarkan darah ini mengalir
Membawa rasa jiwa yang pedih
Biarkah darah merah mengalir

Kisah Cinta di Tempat Itu

Mahu bicara tentang apa, ya?
Tentang hati yang sudah hancur?
Mungkin tentang kejauhan yang aku rasakan dalam diri ini...

Mahu bilang tentang apa, ya?
Mungkin tentang cinta yang tak kesampaian.

Semalam ketika aku berjalan untuk pergi ke tempat itu
Tempat di mana kita berpegangan tangan buat kali pertama pada malam itu
Dengan penuh rasa sentimental hatiku berkata:
"Hey, jiwa, kau nampak tak pandangan dia?"

Di tempat itu kau pegang tanganku
Di tempat itu kau belaikan cintaku
Tapi di hari itu kau berada di tempat itu bersama teman baru

Aku mulanya tak mahu tunjukkan diri aku di depan muka kamu
Tapi kerana kehancuran jiwa ini melihatkan tangan kamu pada tangannya
Wajahmu yang memandang dia
Pandangan itu sebenarnya untuk siapa
Dulu kau katakan senyum itu milik aku
Dulu kau katakan tangan itu milik aku
Dulu kau katakan setiap langkahmu kau akan mengingatkan aku
Dulu kau katakan cintamu untuk aku

Tapi di tempat itu kau pegang tangannya kau lafazkan cinta
Di tempat itu kau petik bintang dan kau hulurkan pada jarinya
Jari itu bukan milik saya
Jari itu bukannya milik saya

Sayang,
Dulu kau pernah janjikan bulan itu kau akan beri pada aku
Dan pernah juga aku gantungkan bulan itu di dalam bilik
Setiap malam ku pandang
Setiap malam ku lihatkan
Setiap malam ku raungkan
Setiap malam ku ceritakan
Setiap malam ku katakan:
"Hey, bulan, cintaku hanyalah kepadanya"

Tapi sekarang tanganmu pada siapa
Hancur hatiku sayang, melihat kau di situ
Hancur hatiku sayang, melihat janji-janji kamu

Hancur hariku, sayang
Hancur hatiku
Hancur hatiku

Hancur hatiku melihat dia bersama kamu
Di tempat itu, di tempat kita itu


Mengapa, sayang?
Mengapa, cinta?
Mengapa, kasih?
Mengapa segala cinta kita kau rosakkan dan binasa?

Mengapa...
Mengapa...
Mengapa...
Di banyak-banyak tempat
Di tempat itu juga?

Janji yang sama
Kisah yang sama
Senyum yang sama
Mata yang sama
Pegang yang sama
Rangkul yang sama
Semua itu milik siapa?

Milik siapa?
Milik siapa?
Milik siapa?
Milik saya...

Orang Lidi : Azam 2011

Saturday, December 18, 2010

Senyum dan Hijrah

(Sambil layan lagu "Bila Chenta" bertemankan nescafe 3 in 1...)

Hrmmm... Hijrah???
Aku terpanggil untuk menghayati 'hijrah' itu sendiri... Kenapa? Mungkin aku mahu mencari hikmah di sebalik perjalanan hidup aku. Yeah! Tepat sekali!

Perkataan 'hijrah' berasal dari bahasa Arab yang bermaksud "meninggalkan sesuatu perbuatan" atau "menjauhkan diri dari pergaulan" atau "berpindah dari suatu tempat ke tempat yang lain".
Sungguh hebat pengertian 'hijrah'.

Aku terfikir-fikir tentang setiap apa yang berlaku ke atas diri aku. Tuhan telah tentukan jalan hidup aku... Aku ditakdirkan mencari rezeki di bumi kenyalang... Kenapa? Kerana aku perlu melakukan 'hijrah'. Aku ditinggalkan oleh seseorang yang sangat bermakna dalam hidup aku... Kenapa? Kerana aku perlu melakukan 'hijrah'. Betapa tingginya nilai 'hijrah' itu... Bagi aku, setiap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya...
Aku teringat akan kisah ini:

Aku minta pada Tuhan setangkai bunga segar,
Dia beri aku kaktus berduri.
Aku minta pada dia rama-rama,
Dia beri aku ulat beluncas.
Aku sedih dan kecewa!
Namun kemudian...
Kaktus itu berbunga,
Indah sekali!
Dan ulat itu menjadi rama-rama,
Sungguh chantek!
Itulah jalan Tuhan...
Indah pada masa yang ditetapkan.
Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan,
Tetapi...
Dia memberi apa yang kita perlukan.
Kadang-kadang kita sedih, kecewa dan terluka.
Tetapi...
Jauh di sana dia telah mengatur jalan terbaik untuk kita.


Tenang sangat hati ini bila aku ambil keputusan untuk 'berhijrah'. Aku selalu cakap pada diri aku, "Sabar Emy! Kau kuat! Semua ni ada hikmah! Kau kena kuat!" dan aku akan hadiahkan senyuman untuk diri aku... Sungguh tenang...
Senyum seindah suria
Yang membawa cahaya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...

Erm, senyum je...smile.gif
Bak kata Malique dan Najwa, "...senyum, tak perlu kata apa-apa..."
Simple but nice...
Kadang-kadang kan...

Bila aku senyum depan laptop,
Orang kata "ko ni nape???" cool.gif
Bila aku senyum baca mesej kat hp,
Orang kata "giler ke???" wink.gif
Bila aku senyum sorang2,
Orang kata "berangan la tu..." tak pun "macam kerang busuk!" biggrin.gif


Haha...tak kisah la apa orang nak kata... Bukan aku pinjam mulut orang pun untuk senyum. Apa salahnya senyum kan? Senyum tu kan sedekah... Tambah2 lagi untuk awek muda! laugh.gif

Apa yang aku harapkan, aku mampu lalui semua ni. Mungkin sudah tiba masanya untuk aku melepaskan semua yang bukan milik aku dan mula berjuang untuk kehidupan sebenar aku. Mungkin juga embun di pagi buta itu sudah tiada... Semoga aku sekuat dahulu, malah lebih kuat dari itu. Ya Allah, pinjamkan aku kekuatanMu. Amin...

P/s: Nak buat penghargaan jap! Hehe...
Terima kasih tidak terhingga kepada seorang sahabat yang sentiasa ada tatkala aku gembira mahupun dalam berduka. Dia la tempat aku tersenyum dan tempat aku menangis (sori la, ko terpaksa jd mangsa aku...terpaksa dgr smua masalah aku...he3). Terima kasih juga sebab jadi sahabat yang sangat memahami aku. Semoga Tuhan melindungi kamu...

"Smile... Smile... Smile on the way"
"Share... Share... Share the moment u and i"

Friday, December 3, 2010

Konvokesyen 14 Oktober 2010

Sedar x sedar da 4 tahun berlalu Sekejap sangat rasa. Tau2 je da abes blajar… (rasanya dari sem 1 sampai konvo aku still xpercaya aku blajar kat UPSI). Ngeh3~… Dalam tempoh 4 tahun tu, BANYAK SGT2 KENANGAN! RINDU Rasa nak kembali ke saat itu. Andai diberi peluang untuk kembali ke waktu itu, ADA PERKARA YANG AKU NAK UBAH. Tapi, aku tahu… DORAEMON ITU TAK ADA. Jadi aku x bleh kembali ke masa itu…
Ni la kenangan aku kat UPSI

Aku dgn family aku...ada mak, angah, abg ngah n anak buah tersayang, Irfan. Tgk Irfan tu... sibuk jer nak amek bear aku. Lucu muka dia. haha!

Ni aku n kawan2 aku plak... Rindu sgt2 kat korang!!!

Aku dah penat sgt2. Tp sempat lg aku trcari2 seseorang. Siapakah??? Hee...

Abg aku n kakak ipar aku pn suka pura2 candit! Ngeh3~

Haha! Ini plak kakak aku (angah). Bab2 makan kamilah juara!!! Mak aku penat giler. Cian mak... Sayang mak!

Maslijah a.k.a eja...kawan yg sgt2 baik...xpenah lagi aku jumpa kawan sebaik dia...thanks friend!!!

Haha! Pe hal nih! Skodeng2...

Kenangan sempena konvo...Thanks a lot sbb sudi bagi hadiah walaupun aku yg paksa dorang bg aku hadiah! Haha! Luv u all!

Bila diimbas kembali KENANGAN DI TANJONG MALIM...tidak terkata BETAPA INDAHNYA! BETAPA BAHAGIANYA! BERTAPA AKU GILERRR!!! KENANGAN ITU...