(Sambil layan lagu "Bila Chenta" bertemankan nescafe 3 in 1...)
Hrmmm... Hijrah???
Aku terpanggil untuk menghayati 'hijrah' itu sendiri... Kenapa? Mungkin aku mahu mencari hikmah di sebalik perjalanan hidup aku. Yeah! Tepat sekali!
Perkataan 'hijrah' berasal dari bahasa Arab yang bermaksud "meninggalkan sesuatu perbuatan" atau "menjauhkan diri dari pergaulan" atau "berpindah dari suatu tempat ke tempat yang lain".
Sungguh hebat pengertian 'hijrah'.
Aku terfikir-fikir tentang setiap apa yang berlaku ke atas diri aku. Tuhan telah tentukan jalan hidup aku... Aku ditakdirkan mencari rezeki di bumi kenyalang... Kenapa? Kerana aku perlu melakukan 'hijrah'. Aku ditinggalkan oleh seseorang yang sangat bermakna dalam hidup aku... Kenapa? Kerana aku perlu melakukan 'hijrah'. Betapa tingginya nilai 'hijrah' itu... Bagi aku, setiap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya...
Aku teringat akan kisah ini:
Aku minta pada Tuhan setangkai bunga segar,
Dia beri aku kaktus berduri.
Aku minta pada dia rama-rama,
Dia beri aku ulat beluncas.
Aku sedih dan kecewa!
Namun kemudian...
Kaktus itu berbunga,
Indah sekali!
Dan ulat itu menjadi rama-rama,
Sungguh chantek!
Itulah jalan Tuhan...
Indah pada masa yang ditetapkan.
Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan,
Tetapi...
Dia memberi apa yang kita perlukan.
Kadang-kadang kita sedih, kecewa dan terluka.
Tetapi...
Jauh di sana dia telah mengatur jalan terbaik untuk kita.
Tenang sangat hati ini bila aku ambil keputusan untuk 'berhijrah'. Aku selalu cakap pada diri aku, "Sabar Emy! Kau kuat! Semua ni ada hikmah! Kau kena kuat!" dan aku akan hadiahkan senyuman untuk diri aku... Sungguh tenang...
Senyum seindah suria
Yang membawa cahaya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri
Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum
Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...
Erm, senyum je...
Bak kata Malique dan Najwa, "...senyum, tak perlu kata apa-apa..."
Simple but nice...
Kadang-kadang kan...
Bila aku senyum depan laptop,
Orang kata "ko ni nape???" 
Bila aku senyum baca mesej kat hp,
Orang kata "giler ke???" 
Bila aku senyum sorang2,
Orang kata "berangan la tu..." tak pun "macam kerang busuk!" 
Haha...tak kisah la apa orang nak kata... Bukan aku pinjam mulut orang pun untuk senyum. Apa salahnya senyum kan? Senyum tu kan sedekah... Tambah2 lagi untuk awek muda!
Apa yang aku harapkan, aku mampu lalui semua ni. Mungkin sudah tiba masanya untuk aku melepaskan semua yang bukan milik aku dan mula berjuang untuk kehidupan sebenar aku. Mungkin juga embun di pagi buta itu sudah tiada... Semoga aku sekuat dahulu, malah lebih kuat dari itu. Ya Allah, pinjamkan aku kekuatanMu. Amin...
P/s: Nak buat penghargaan jap! Hehe...
Terima kasih tidak terhingga kepada seorang sahabat yang sentiasa ada tatkala aku gembira mahupun dalam berduka. Dia la tempat aku tersenyum dan tempat aku menangis (sori la, ko terpaksa jd mangsa aku...terpaksa dgr smua masalah aku...he3). Terima kasih juga sebab jadi sahabat yang sangat memahami aku. Semoga Tuhan melindungi kamu...
"Smile... Smile... Smile on the way"
"Share... Share... Share the moment u and i"


No comments:
Post a Comment