Saturday, March 6, 2010

Ilusi atau Realiti?


Indahnya panorama dari Bukit Panorama. Sebuah ilusi menjadi realiti apabila kita dapat melihatnya sendiri. Percaya atau tidak, terpulanglah pada diri anda. Tepuk dada, tanya selera. Bukit Panorama terletak dekat ulu Kuantan, Pahang iaitu di Sungai Lembing. Mengikut jarak relatif, jarak pusat bandar Kuantan dengan Sungai Lembing adalah kira-kira 30 hingga 45 minit. Ketinggian Bukit Panorama pula adalah 1200kaki dari aras laut. Bukit Panorama pada amnya sinonim dengan ‘sunrise’ atau matahari terbit. Jadi, sekiranya kita mahu menimba pengalaman melihat matahari terbit, bolehlah kita mendaki Bukit Panorama seawal jam 6 pagi dan mungkin akan sampai ke puncak kira-kira jam 7 pagi, bergantung pada kemampuan masing-masing.Bagi pencinta alam semulajadi, mungkin Bukit Panorama boleh menjadi destinasi singgahan untuk kita menikmati keindahan alam semulajadinya.
-----------------------------------------------------------
Pendakian ke Puncak Bukit Panorama



























3 comments: